Ahad, 11 Julai 2010

My New Ride..

Assalamualaikum semua. akhirnya impian saya untuk memiliki 135LC termakbul jua. syukur alhamdulillah dapat juga saya merasa kuasa motor ni. sebenarnya dah lama saya survey2 moto kat dalam internet. macam-macam jenis moto termasuklah 135LC, Fz 150i, lagenda, shogun dan keluaran baru suzuki iaitu belang. semua aspek diambil kira termasukla design, warna, kuasa, enjin, accessory, spare part, dan sebagainya. setelah diteliti dan dikaji, 135LC lh yang terbaik untuk penunggang macam saya. lagipun jenama tersebut sangat popular dan menjadi pilihan ramai sekarang ni. 
walaubagaimanapun tujuan sebenar saya beli moto ni pun adalah sebab untuk kemudahan saya ulang alik ke sekitar sarawak termasuklah, kuching, seri aman, miri dan sebagainya. juga memudahkan saya ke kuching jika ada urusan kecemasan ketika tiada kenderaan lain.

Dengan kuasa yang ada pada moto ini, saya mampu berulang alik ke kuching dengan mudah dan selesa. syukur. kesempatan ni saya nak ucapkan terima kasih kepada member-member yang bawa saya ke kedai motor yang bagus tu termasukla, Ebby, Bong, Rahim dan juga geng2 lain. bagusnya kedai tu adalah sebab servisnya yang berkualiti, layanan pun boleh tahan. tp yang paling penting sekali adalah free give yang dorang bagi. termasuklah high quality locking system, solex, helmet, baju hujan, bakul dan juga beg untuk helmet. 

Thanks jgk kt member2 aku ni sbb sepanjang konvoi nk balik simunjan dorang setia je follow perlahan-lahan, almaklumlah motor baru tak boleh bawak laju2. dahla makan minum pn sponsor. untung ade kawan-kawan yang macam ni.. thanks again.

my new yamaha 135LC

sedang diletakkan pengenalan diri.. hehe

member-member yang sporting.. otw balik ke simunjan, sarawak


Related Posts with Thumbnails