Memaparkan catatan dengan label biologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biologi. Papar semua catatan

Khamis, 27 Mei 2010

Serangan Epilepsi (Sawan)


Pergerakan aneh, pengsan dan sawan

Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:

    ·   Diam seketika
    ·   Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
    ·   Kaki dan tangan menjadi keras/kejang
    ·   Kaki dan tangan menyentak-nyentak
    ·   Tiba-tiba jatuh ke lantai

Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah :
·   Terkejut
·   Pergerakan normal semasa tidur
·   Tindakan menahan nafas
·   Reflex sawan anoxic (Reflex anoxic seizures)
·   Pengsan
·   Berangan

Apa itu epilepsi?

“Epilepsi” berasal daripada perkataan Greek “epilambanien”. Ia bermaksud “serangan”. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar. Epilepsi juga dikenali sebagai “sawan babi”.
            Sawan yang disebabkan rangsangan adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan oleh kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas berlakunya trauma kepada bahagian kepala, apabila terdapat perdarahan di dalam otak ataupun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.

Siapa yang menghidap epilepsi?

Sekurang-kurangnya 1% dari semua kanak-kanak akan mendapat sawan yang berlaku tanpa rangsangan, tetapi hanya separuh dari kumpulan ini yang seterusnya akan mendapat epilepsi.

Mengapa anak saya menghidap epilepsi?

Epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik.. Sel-sel otak berfungsi dengan menjanakan aliran elektrik di dalam otak. Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku.

Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:
·     Faktor keturunan dan semula jadi mendapat sawan
·     Pembentukan otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan
·     Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan dibahagian otak.
·     Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan otak semakin rosak.

Selasa, 25 Mei 2010

Pengalaman Mengendalikan Serangan EPILEPSI

Assalamualaikum semua. bertemu kembali kita di ruangan ini untuk berkongsi sedikit info dan juga pengalaman peribadi. tugas sebagai seorang guru sebenarnya amatlah berat. Guru bukan sahaja sekadar masuk ke bilik darjah kemudian menjalankan pengajaran dan pembelajaran sahaja tapi tugas seorang guru juga seperti seorang ibu yang menjaga anaknya. tanggungjawab guru terhadap pelajar di sekolah amatlah besar dalam menjaga kebajikan pelajar. guru perlu sentiasa memantau kesihatan pelajar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang diingini. ditambah pula dengan wabak kedua H1N1 yang melanda masyarakat kita semua. 


apa yang saya nak kongsikan disini bukanlah berkenaan dengan wabak H1N1 tetapi pengalaman aku mengendalikan seorang pelajar yang terkena serangan sawan secara mengejut semasa waktu peperiksaan pagi tadi. masa itu, saya tengah sibuk menanda kertas peperiksaan sambil mengawas peperiksaan yang sedang berjalan. tiba-tiba cikgu yang menjaga kelas sebelah memanggil saya supaya pergi ke kelasnya dengan tergesa-gesa. terdetik dihati saya ingatkan ada pelajar yang bergaduh, tetapi saya terkejut apabila melihat seorang pelajar sedang terbaring dilantai kelas sambil menggelupur. dalam masa yang sama juga air liur bercampur darah keluar dari mulut pelajar itu. terdetik perasaan kasihan melihat pelajar tersebut menanggung serangan sawan secara mengejut. setelah di teliti darah yang keluar tersebut adalah disebabkan oleh lidahnya yang terluka akibat kancing gigi. 

setelah lebih kurang 10 minit dalam keadaan terbaring, saya meminta bantuan pelajar untuk mengangkat pelajar tersebut supaya berada dalam keadaan duduk. setelah itu, pelajar tersebut merenung setiap orang disekelilingnya. kemudian berdiri dan mencapai kerusinya. setelah itu pelajar tersebut cuba mengangkat kerusi tersebut untuk diletakkan diatas meja. akhir sekali, saya meminta bantuan pelajar untuk memapah pelajar tersebut kebilik guru dan kemudian jururawat daripada hospital berdekatan datang untuk memberikan rawatan dan membawa pelajar tersebut ke hospital.

untuk post yang akan datang, saya akan menerangkan sedikit maklumat mengenai epilepsi atau sawan untuk rujukan dan panduan kita semua.. 

Ahad, 11 April 2010

Uji pengetahuan Biologi anda!

salam semua, 
seperti mana yang kita tahu bahawa pengetahuan kita dalam bidang biologi sebenarnya masih lagi berada pada tahap yang rendah. namun begitu kita masih lagi mempunyai banyak peluang untuk memperkasakan lagi ilmu kita dalam bidang ini bukan sahaja untuk kepentingan diri malah masyarakat, negara dan bangsa. pada tahap sekolah menengah, kita telah didedahkan dengan subjek biologi dan telah mempelajari kandungannya sendiri. ramai yang tidak sedar akan kepentingan subjek biologi khasnya dan sains amnya. pada post yang akan datang, saya akan menerangkan 1001 faedah mempelajari subjek biologi dan sains..

anda boleh menguji pengetahuan sedia ada anda dalam subjek biologi dengan melayari web yang telah saya lampirkan.. sila klik pada tajuk diatas.. selamat menjawab..

Related Posts with Thumbnails