Assalamualaikum semua. bertemu kembali kita di ruangan ini untuk berkongsi sedikit info dan juga pengalaman peribadi. tugas sebagai seorang guru sebenarnya amatlah berat. Guru bukan sahaja sekadar masuk ke bilik darjah kemudian menjalankan pengajaran dan pembelajaran sahaja tapi tugas seorang guru juga seperti seorang ibu yang menjaga anaknya. tanggungjawab guru terhadap pelajar di sekolah amatlah besar dalam menjaga kebajikan pelajar. guru perlu sentiasa memantau kesihatan pelajar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang diingini. ditambah pula dengan wabak kedua H1N1 yang melanda masyarakat kita semua.
apa yang saya nak kongsikan disini bukanlah berkenaan dengan wabak H1N1 tetapi pengalaman aku mengendalikan seorang pelajar yang terkena serangan sawan secara mengejut semasa waktu peperiksaan pagi tadi. masa itu, saya tengah sibuk menanda kertas peperiksaan sambil mengawas peperiksaan yang sedang berjalan. tiba-tiba cikgu yang menjaga kelas sebelah memanggil saya supaya pergi ke kelasnya dengan tergesa-gesa. terdetik dihati saya ingatkan ada pelajar yang bergaduh, tetapi saya terkejut apabila melihat seorang pelajar sedang terbaring dilantai kelas sambil menggelupur. dalam masa yang sama juga air liur bercampur darah keluar dari mulut pelajar itu. terdetik perasaan kasihan melihat pelajar tersebut menanggung serangan sawan secara mengejut. setelah di teliti darah yang keluar tersebut adalah disebabkan oleh lidahnya yang terluka akibat kancing gigi.
setelah lebih kurang 10 minit dalam keadaan terbaring, saya meminta bantuan pelajar untuk mengangkat pelajar tersebut supaya berada dalam keadaan duduk. setelah itu, pelajar tersebut merenung setiap orang disekelilingnya. kemudian berdiri dan mencapai kerusinya. setelah itu pelajar tersebut cuba mengangkat kerusi tersebut untuk diletakkan diatas meja. akhir sekali, saya meminta bantuan pelajar untuk memapah pelajar tersebut kebilik guru dan kemudian jururawat daripada hospital berdekatan datang untuk memberikan rawatan dan membawa pelajar tersebut ke hospital.
untuk post yang akan datang, saya akan menerangkan sedikit maklumat mengenai epilepsi atau sawan untuk rujukan dan panduan kita semua..
2 ulasan:
tuan amir tanda kertas mse jage exam??
msti diorg wt tyol tuan x prasan..heheh..
btw..lookin fwd 4ur next post =)
hehe.. mstila kene pndi cari masa nk tnda kertas, klu x, x smpt. bayangkn ade 8 set yg perlu ditanda n nk kene siapkn sblm cuti.. hadushhh..
Catat Ulasan