Seorang pelajar akan menghadapi tekananan fizikal dan mental apabila mengatur masa untuk kuliah, peperiksaan dan kehidupan social mereka. Dengan menjaga gaya hidup yang sihat dan makanan seimbang, seseorang pelajar itu boleh menghadapi tekanan semasa peperiksaan, tekanan untuk menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan, kewangan yang terhad dan berjaga malam. Kesihatan yang baik bukan sahaja pada makanan yang seimbang- minuman keras, merokok, ubat-ubatan dan kurang bersenam juga mengambil kira dalam penjagaan kesihatan dan kecerdasan.
Sebelum waktu peperiksaan, tidurlah dengan cukup. Kekurangan tidur akan menyebabkan kelesuan, lekas marah dan mental yang tidak mantap. Tidur yang cukup menjadikan kita lebih tenang dan tampak muda. Untuk mendapatkan tidur yang cukup, ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) dan juga sedikit makanan protin kurang lemak (ikan, ayam atau daging) untuk makan malam. Minumlah segelas susu panas sebelum masuk tidur.
Mengambil makanan yang mengandungi Vitamin-vitamin B boleh meningkatkan daya ingatan. Vitamin-vitamin ini boleh didapati dengan memakan roti dan segelas susu,
Kalau ada masa, lakukan senaman. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien ke dalam otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien. Senaman mental seperti membaca dan juga aktiviti-aktiviti untuk perkembangan fikiran seperti kuiz-kuiz dan teka-teki adalah paling baik untuk merangsangkan fikiran.
Ketika waktu peperiksaan, cuba kurangkan mengambil bahan yang ada kafein dan coklat. Walaupun ia membantu untuk kecerdasan otak, jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan. Nasihat perubatan – minum teh atau kopi tidak lebih daripada 6 cawan sehari.
Sekiranya anda dalam penjagaan mengurangkan makanan, hentikan. Ini bukan masanya untuk mengurangkan berat badan. Anda perlu tenaga untuk tumpuan pada pelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan