Jumaat, 30 April 2010

Internet----->Mesen Duit??


Assalamualaikum semua. sebenarnyer sy cuba curi masa utk post samtin kat blog ni.. dh lama dh x luahkan isi hati yang terpendam selama ini.. hehe, gurau jer.. hmm mggu ni cukup dasyat buat sy especially tugas sbgai seorang guru.. sy dibebani banyak sgt keje sampaikn nk mkn pn x sempat.. dh smpi umah bru dpt mkn. tu pn kne masak sendiri dulu.. never mind.. biarla sy tggung beban tu sorg2.. lgpn sy dibayar gaji, bkn percuma wt keje-keje tu.. hehehe.

ok hari ni sy cuma nk bgtau bahawa sy skrg ni masih lagi discover mcm2 bisness internet yang menjadi kegilaan ramai pengguna internet.. yela, disamping surf internet biarla dapat jana income.. dapat jgk bayar bil streamix bulan2. hehe.. saya masih lagi mencari dan menkaji beberapa bisness internet yang popular. sejauh manakah bisness internet mampu memberi income kepada kita dan banyak manakah usaha yang kita perlu lakukan untuk memastikan kita mendapat keuntungan yang lumayan..

apa-apa pun yang penting bagi saya adalah komitmen.. tanpa komitmen yang tinggi kita akan cepat berputus asa jika bisness yang kita jlankan tu x bergerak dan tidak dapat menjana pulangan untuk kita... yang pastinya seseorang yang hendak menjalankan bisness internet perlu mempunyai keinginan yang tinggi serta kecekalan. melalui usaha yang gigih insyaAllah kita mampu mendapat pulangan yang lumayan melalui internet.. sekian saja dahulu buat kali ni ok.. assalamualaikum..

Rabu, 28 April 2010

Sesi Fotografi untuk Majalah Sekolah smk sri sadong 2010!!

Pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Badan Pengawas Sekolah

 Pasukan Kadet Polis

 Pengakap

 Pandu Puteri

 Kadet Remaja Sekolah
 Pasukan Bulan Sabit Merah

Puteri Islam

Sabtu, 24 April 2010

Gangguan Bekalan Elektrik, urgent!!

Kepada pengguna yang dihormati sekalian.. 

Gangguan bekalan elaktrik telah berlaku di
 sebuah negeri di selatan tanah air. gangguan ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu, 
ini disebabkan oleh pencawang TNB yang 'terlebih' aktif' telah berlaku pada hari ini..
 
Gangguan ini juga akan berlaku di negeri2 berikut..
 

1) Kedah
2) Pulau Pinang
 
3) Perak 
4) Selangor
 
5) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


harap maaf... gambar kerosakan ada seperti di lampiran..



Don't play play!! 
hehehe... 


PEACE!!!    Yo….

Isnin, 19 April 2010

Khasiat Mandi Untuk Kesihatan


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. 

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. 

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. 
  

Mengeluarkan racun

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk 
 
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. 

Jangkitan kulit  
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit. 

Selesema dan sakit kepala 
  
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya 
selama 10 hingga 20 minit. 

Insomnia 
 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.   Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur.   Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Khamis, 15 April 2010

Rahsia Kesihatan




Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.  Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

wassalam

Ahad, 11 April 2010

Uji pengetahuan Biologi anda!

salam semua, 
seperti mana yang kita tahu bahawa pengetahuan kita dalam bidang biologi sebenarnya masih lagi berada pada tahap yang rendah. namun begitu kita masih lagi mempunyai banyak peluang untuk memperkasakan lagi ilmu kita dalam bidang ini bukan sahaja untuk kepentingan diri malah masyarakat, negara dan bangsa. pada tahap sekolah menengah, kita telah didedahkan dengan subjek biologi dan telah mempelajari kandungannya sendiri. ramai yang tidak sedar akan kepentingan subjek biologi khasnya dan sains amnya. pada post yang akan datang, saya akan menerangkan 1001 faedah mempelajari subjek biologi dan sains..

anda boleh menguji pengetahuan sedia ada anda dalam subjek biologi dengan melayari web yang telah saya lampirkan.. sila klik pada tajuk diatas.. selamat menjawab..

Sabtu, 10 April 2010

Teka-teki 2

Dalam banyak-banyak cecair,
cecair apakah yang menjadi beku
apabila dipanaskan?

ha! jawab jgn x jwb!!

Khamis, 8 April 2010

Peristiwa Ditindih Hantu.. fakta atau dongeng?

Just to share...
aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer).....

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh.....aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit  baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia.....barula aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary(sementara).....

temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.....waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar....

tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba
esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

Selasa, 6 April 2010

Shortcut untuk microsoft word

klik gambar untuk fullscreen

Isnin, 5 April 2010

Teka-teki 1

seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. ia berjalan di sebuah lorong hitam. seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

jawab dlm ruangan komen bwh ni yer!! jawapan akan menyusul. nnti sy inform melalui facebook..
selamat menjawab..

Ahad, 4 April 2010

Cikgu Muzamir: maklumat diri

Salam buat semua.. sekiranya anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut dengan diri saya, latar belakang pendidikan, kebolehan diri, sejarah pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, anda boleh lihat pada ruangan maklumat diri atau klik sahaja disini.. Cikgu Muzamir: maklumat diri

Sabtu, 3 April 2010

Facebook

visit my Facebook ;)

Tips Bijak Belajar

  • 1.       Beri perhatian sepenuhnya ketika guru mengajar.
  • 2.       Belajar dahulu tajuk yang akan dipelajari
  • 3.       Buat short notes dan peta minda
  • 4.       Uji daya ingatan dan kefahaman dengan membuat latihan
  • 5.       Elakkan sikap suka bertangguh
  • 6.       Tetapkan matlamat jangka pendek
  • 7.       Selalu berjumpa dengan guru.
  • 8.       Amalkan budaya bersembang dalam B inggeris
  • 9.       Amalakan budaya guru sayang murid, murid sayang guru.
  • 10.   Belajar secara berkumpulan
  • 11.   Cari keberkatan guru
  • 12.   Doa dan tawakkal kepada ALLAH s.w.t.

Jumaat, 2 April 2010

profile picture


profile picture
Originally uploaded by muzamir86

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. selamat datang ke blog cikgu muzamir. tujuan cikgu bangunkan blog ini adalah untuk berkongsi apa jua bentuk file dan idea serta dokumen-dokumen yang boleh dijadikan rujukan serta panduan dalam mempelajari ilmu sains dan biologi am nya. sila tinggalkan komen anda pada blog ini supaya cikgu dapat pertingkatkan lagi kualiti dan kandungan blog ini untuk kebaikan bersama..
Related Posts with Thumbnails