Khamis, 20 Mei 2010

Polis Trafik, Kawan Baik & Saman






Suatu Hari.........
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau.  Harun  segera  menekan  pedal  minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di sini cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang.  Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.
Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega.. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawin dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku nak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama perhatikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi. "Jadi,  kau nak saman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala.."Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta Harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.
Diturunkan tingkap sedikit saja. "Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.
Tanpa  berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini? 

Ternyata  lesen memandu dan kad pengenalan dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman  aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

"Harun,
Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia, dilanggar pemandu  yang  tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.

Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan  kembali  lagi. Beberapa  kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.

Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run"

Jamal,

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. 
Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Isnin, 17 Mei 2010

10 Tips To Increase Traffic On Your Blog


Sabtu, 8 Mei 2010

Streamix ohh Streamix!!!


Hye.. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.. Alhamdulillah saya dapat spend sket masa lagi utk share samtin kt sini.. Kalau nk dikira x sempat sy nk post kt blog ni, but kwn2 punya pasal, sy luangkn jgk sket masa.. hehe. Ok hari ni sy nk share samtin yang best yg berlaku kt skolah saya yakni SMK Sri Sadong.. 

Cadangan ustaz Hafizul nk sambung streamix kt skolah akhirnya menjadi kenyataan. Dengan usaha yg mantap dan setelah mendapat persetujuan dr semua pihak, berjaya jgk ktorang pasang streamix kt bilik guru skolah ktrg. Mula-mula kami cadang nk pasang yg 2mb/s tapi menurut pakcik telekom tu, kt simunjan ni hanya support smpi 1mb/s jer.. so tpksala jgk psg yg tu..                                                                 

Walaubagaimanapn, kelajuannya sgt memuaskan. Berbaloi jgkla bayar RM70 setahun.. murah kn?? Ktrg share ramai2 sbb tu jadi murah.. Apa yang paling penting adalah, kehidupan kami sebagai guru menjadi lebih maju dari segi teknologi maklumat. 

Yela, lepas ni xde masalah lagi klu kami nk cari maklumat secara online, baca berita online, cari bahan pengajaran, isi borang online, bayar bill online, join laman web sosial seperti facebook dan friendster, pastu nk komunikasi antara guru pn online, guna skype. x payahla nk jerit pggil ckgu yg duk jauh2. Call je guna skype..mudah, cepat dan berkesan.. hehehe. Oklah, stkt ni je dulu ok.. Selamat melayari internet.. Assalamualaikum.


Selasa, 4 Mei 2010

Makan Untuk Hilang Keresahan Semasa Peperiksaan


Seorang pelajar akan menghadapi tekananan fizikal dan mental apabila mengatur masa untuk kuliah, peperiksaan dan kehidupan social mereka. Dengan menjaga gaya hidup yang sihat dan makanan seimbang, seseorang pelajar itu boleh menghadapi tekanan semasa peperiksaan, tekanan untuk menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan, kewangan yang terhad dan berjaga malam. Kesihatan yang baik bukan sahaja pada makanan yang seimbang- minuman keras, merokok, ubat-ubatan dan kurang bersenam juga mengambil kira dalam penjagaan kesihatan dan kecerdasan. 


Sebelum waktu peperiksaan, tidurlah dengan cukup. Kekurangan tidur akan menyebabkan kelesuan, lekas marah dan mental yang tidak mantap. Tidur yang cukup menjadikan kita lebih tenang dan tampak muda. Untuk mendapatkan tidur yang cukup, ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) dan juga sedikit makanan protin kurang lemak (ikan, ayam atau daging) untuk makan malam. Minumlah segelas susu panas sebelum masuk tidur. 

Mengambil makanan yang mengandungi Vitamin-vitamin B boleh meningkatkan daya ingatan. Vitamin-vitamin ini boleh didapati dengan memakan roti dan segelas susu, 

Kalau ada masa, lakukan senaman. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien ke dalam otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien. Senaman mental seperti membaca dan juga aktiviti-aktiviti untuk perkembangan fikiran seperti kuiz-kuiz dan teka-teki adalah paling baik untuk merangsangkan fikiran. 

Ketika waktu peperiksaan, cuba kurangkan mengambil bahan yang ada kafein dan coklat. Walaupun ia membantu untuk kecerdasan otak, jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan. Nasihat perubatan – minum teh atau kopi tidak lebih daripada 6 cawan sehari. 

Sekiranya anda dalam penjagaan mengurangkan makanan, hentikan. Ini bukan masanya untuk mengurangkan berat badan. Anda perlu tenaga untuk tumpuan pada pelajaran. 




Related Posts with Thumbnails