Jumaat, 30 April 2010

Internet----->Mesen Duit??


Assalamualaikum semua. sebenarnyer sy cuba curi masa utk post samtin kat blog ni.. dh lama dh x luahkan isi hati yang terpendam selama ini.. hehe, gurau jer.. hmm mggu ni cukup dasyat buat sy especially tugas sbgai seorang guru.. sy dibebani banyak sgt keje sampaikn nk mkn pn x sempat.. dh smpi umah bru dpt mkn. tu pn kne masak sendiri dulu.. never mind.. biarla sy tggung beban tu sorg2.. lgpn sy dibayar gaji, bkn percuma wt keje-keje tu.. hehehe.

ok hari ni sy cuma nk bgtau bahawa sy skrg ni masih lagi discover mcm2 bisness internet yang menjadi kegilaan ramai pengguna internet.. yela, disamping surf internet biarla dapat jana income.. dapat jgk bayar bil streamix bulan2. hehe.. saya masih lagi mencari dan menkaji beberapa bisness internet yang popular. sejauh manakah bisness internet mampu memberi income kepada kita dan banyak manakah usaha yang kita perlu lakukan untuk memastikan kita mendapat keuntungan yang lumayan..

apa-apa pun yang penting bagi saya adalah komitmen.. tanpa komitmen yang tinggi kita akan cepat berputus asa jika bisness yang kita jlankan tu x bergerak dan tidak dapat menjana pulangan untuk kita... yang pastinya seseorang yang hendak menjalankan bisness internet perlu mempunyai keinginan yang tinggi serta kecekalan. melalui usaha yang gigih insyaAllah kita mampu mendapat pulangan yang lumayan melalui internet.. sekian saja dahulu buat kali ni ok.. assalamualaikum..

Rabu, 28 April 2010

Sesi Fotografi untuk Majalah Sekolah smk sri sadong 2010!!

Pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Badan Pengawas Sekolah

 Pasukan Kadet Polis

 Pengakap

 Pandu Puteri

 Kadet Remaja Sekolah
 Pasukan Bulan Sabit Merah

Puteri Islam

Sabtu, 24 April 2010

Gangguan Bekalan Elektrik, urgent!!

Kepada pengguna yang dihormati sekalian.. 

Gangguan bekalan elaktrik telah berlaku di
 sebuah negeri di selatan tanah air. gangguan ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu, 
ini disebabkan oleh pencawang TNB yang 'terlebih' aktif' telah berlaku pada hari ini..
 
Gangguan ini juga akan berlaku di negeri2 berikut..
 

1) Kedah
2) Pulau Pinang
 
3) Perak 
4) Selangor
 
5) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


harap maaf... gambar kerosakan ada seperti di lampiran..



Don't play play!! 
hehehe... 


PEACE!!!    Yo….

Isnin, 19 April 2010

Khasiat Mandi Untuk Kesihatan


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. 

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. 

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. 
  

Mengeluarkan racun

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk 
 
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. 

Jangkitan kulit  
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit. 

Selesema dan sakit kepala 
  
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya 
selama 10 hingga 20 minit. 

Insomnia 
 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.   Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur.   Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Related Posts with Thumbnails